USM Cipta Perisian Kenalpasti Penyakit Kecelaruan Bahasa - Kampus | mStar

USM Cipta Perisian Kenalpasti Penyakit Kecelaruan Bahasa

PULAU PINANG: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta satu sistem sokongan untuk membantu pegawai perubatan mengenalpasti masalah percakapan kanak-kanak yang bermasalah.

Ketua pasukan penyelidik itu Dr Rozaida Abdul Rauf berkata perisian Sistem Sokongan Keputusan Bahasa Klinikal (CLDSS) adalah ciptaan terbaru dan pertama di dunia bagi mengenalpasti masalah kecelaruan bahasa di kalangan kanak-kanak.

Katanya penyelidikan yang bermula sejak Disember 2006 hingga November tahun lepas itu dibangunkan dengan kos sebanyak RM186,000 dan ia menggabungkan kepakaran dalam bidang psikolinguistik dan Teknologi Maklumat (IT).

"Perisian itu mampu mengenalpasti dengan tepat punca sebenar berlaku kecelaruan bahasa seawal mungkin antara usia setahun hingga enam tahun sebelum seseorang kanak-kanak itu memasuki persekolahan," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata diagnosis imbasan otak akan dilakukan ke atas kanak-kanak bagi mengenalpasti punca dan jenis kecelaruan bahasa yang dihidapi mereka.

Dr Rozaida berkata daripada diagnosis, perisian itu mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak berkenaan sebelum dirujuk kepada pakar perubatan seperti pakar pathologi bahasa untuk tindakan selanjutnya.

"Kanak-kanak yang mempunyai masalah kecelaruan bahasa dapat dipulihkan dengan kos yang rendah jika dikenalpasti pada peringkat awal," katanya, sambil menambah ciptaan mereka itu hanya untuk mengenalpasti masalah bukan mengubatinya.

Katanya sejak perisian itu dihasilkan, USM telah menjalankan kajian terhadap 30 kanak-kanak yang bermasalah.

"Daripada jumlah itu, kami berjaya mengesan dengan tepat 30 jenis kecelaruan berbahasa yang berbeza antara setiap kanak-kanak bagi membantu proses rawatan mereka di hospital.

"Pihak hospital hanya mampu mengesan jenis kecelaruan bahasa dengan ketepatan 13 peratus, kami dapat mengenalpasti dengan 100 peratus tepat," katanya.

Dr Rozaida berkata ibu bapa juga perlu peka terhadap perkembangan bahasa anak-anak bagi mengelakkan masalah itu sukar dirawat jika sudah melepasi tahap pra-sekolah.

"Kadang-kadang ada kanak-kanak yang sudah berusia empat tahun pun hanya baru boleh sebut satu perkataan manakala ada bayi yang senyap saja dan keadaan itu perlu dipantau bagi mengenalpasti sama ada mereka ada masalah kecelaruan bahasa," katanya.

Menurutnya susulan penghasilan perisian itu, kumpulan penyelidiknya juga akan menjalankan tiga projek dalam usaha menghasilkan program sesuai bagi tujuan merawat kecelaruan bahasa di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah berkenaan.

Katanya setakat ini, perisian berkenaan masih belum dipasarkan dan ia masih dalam proses mempatenkan, bagaimanapun sebuah syarikat IT di Kuala Lumpur berminat untuk membelinya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain