suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

YBK Dicadang Cari Tapak Alternatif Di Negeri Lain Bangunkan UiTM

PELABUHAN KLANG: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Noh Omar mencadangkan kepada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor supaya mencari tapak alternatif di negeri lain bagi meneruskan hasrat membina kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau berkata keengganan kerajaan negeri Selangor meluluskan pelan pembangunan UiTM yang dibuat YBK hanya akan merencatkan pembangunan kampus UiTM di atas tanah milik yayasan itu di Serendah, Selangor.

"Jika tanah di Serendah menjadi penghalang utama bagi YBK bangunkan UiTM di situ, lupakanlah sahajalah tanah (Serendah) itu dan boleh dapatkan tanah di negeri lain. Jika besok, projek UiTM ini dipindahkan ke negeri lain, janganlah pula tuduh Kerajaan Persekutuan menganaktirikan kerajaan Selangor," katanya kepada pemberita selepas melawat Gudang Stok Penimbal Beras milik Syarikat Padi dan Beras Nasional (Bernas) dekat sini.

Kerajaan Selangor sebelum ini menyatakan hasrat untuk melantik Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Pengerusi YBK manakala Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi Selangor Rodziah Ismail sebagai anggota lembaga pengarah yayasan itu.

Pengerusi YBK Datuk Zainal Abidin Sakom dilaporkan berkata yayasan itu perlu segera membayar tunggakan cukai tanah sebanyak RM6 juta jika mereka tidak menerima Khalid sebagai pengerusi, atau kerajaan negeri tidak akan meluluskan pembinaan kampus UiTM di tanah yayasan itu. Ekoran itu, Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan kawasan di negeri itu untuk YBK meneruskan hasrat membina kampus UiTM itu.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata projek UiTM di Serendah itu ialah projek Kerajaan Persekutuan dan diserahkan kepada YBK untuk membangunkannya bagi menaiktaraf status sosio-ekonomi rakyat Selangor. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Tarikh Pilihan Raya Kampus IPTA

Artikel Lain