suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bufet Ramadan Hotel GRV Tampil Konsep Tradisional Kontemporari

Pelbagai sajian enak dihidangkan Hotel Grand Riverview sepanjang Ramadan ini.
KOTA BAHARU: Hotel Grand Riverview (GRV) di sini yang tampil dengan wajah baharu selepas menjalani proses pengubahsuaian menawarkan bufet Ramadan dengan pelbagai hidangan menyelerakan.


Menetapkan RM68 untuk dewasa dan RM48 bagi kanak-kanak, hotel dengan konsep tradisional kontemporari membabitkan kos ubahsuai lebih RM5 juta ini memulakan promosi sepanjang bulan puasa bermula awal bulan ini.

                                                 

                           

Bagi yang berminat menikmati hidangan di GRV dengan hiasan dalaman terkini, boleh hubungi talian 09-7439988 untuk tempahan.

Hidangan tradisional dan menu mengikut citarasa rakyat negara ini disediakan bagi menarik perhatian ramai berkunjung di hotel berkenaan.

Pengurus Besarnya Vincent Chua berkata, pengubahsuaian yang melibatkan dua fasa itu mengetengahkan semua elemen tradisional Kelantan seperti songket, wau, gasing dan ukiran kayu untuk menghiasi setiap sudut lobi dan ruang bankuet.|

"Bagi fasa I ini, ia telah beroperasi pada 24 Jun lalu dengan pembukaan bilik yang sudah siap diubah suai di tingkat dua hingga empat selain beberapa dewan.

"Bagi fasa II yang dijangka mula beroperasi pada Disember ini melibatkan Bilik Gimnasium, ruang jualan, Bilik Business Centre, Chow Yuen Chinese Restaurant dan Lounge 'The View'," katanya.

Hotel GRV yang mempunyai 299 bilik penginapan ditutup sementara kira-kira enam bulan sejak Januari lepas bagi kerja pengubahsuaian. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain