suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sego Keluban @ Nasi Kerabu

Nasi Kerabu
SEGO Keluban @ Nasi Keluban (Kerabu) juga merupakan antara makanan istimewa yang sering disajikan dalam kehidupan seharian masyarakat jawa Malaysia. Sego keluban biasanya disediakan untuk majlis “among-among”.


Among-among bermaksud kenduri kecil yang biasanya akan dihadiri oleh suri rumah dan anak-anak sebagai tanda kesyukuran. Pada kebiasaanya among-among akan bermula apabila seorang anak lahir didalam sesebuah keluarga. Bermula dengan ‘Muyi’, ‘Puputan’ seterusnya akan berlaku banyak among-among sehingga kanak-kanak itu mencecah usia dua tahun.

Penyajian sego keluban juga adalah seperti sego ambeng, iaitu didalam dulang dan dimakan beramai-ramai. Biasanya majlis among-among tertentu seperti majlis among-among turun tanah akan disertai dengan makanan yang dipanggil ‘Jajan Pasar”. Berikut resipi yang disediakan Riverstone Eco Resort.

Nasi Keluban

Bahan:
1/2 biji kelapa parut – putih sahaja
1 cekak pucuk ubi
200gm taugeh
200gm kacang panjang
2 inci belacan
5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 sudu udang kering
10 biji cili api
1 sudu asam jawa
10 biji isi kencur @ cekur
5 helai daun kencur @ cekur
4 biji telur ayam – direbus
4 ekor ikan kembong – digoreng
200gm ikan bilis
2 sudu tepung gandum
1 cawan minyak masak.
200gm ikan masin bulu ayam
Garam dan gula

Cara:
Semua sayur-sayuran dicelur dan dipotong. Bawang putih, bawang merah, belacan cili dan udang kering digoreng dan ditumbuk. Isi kencur ditumbuk berasingan, daun kencur dimayang halus. Gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dengan kelapa parut, tambahkan gula, garam, kencur, dan sedikit air asam jawa. Setelah itu gaulkan dengan bahan-bahan yang telah dicelur tadi.
Ikan masin bulu ayam dibasuh dan digaul dengan sedikit tepung dan digoreng.Ikan bilis digaul dengan tepung dan dikepal-kepalkan, juga digoreng. Telur dikupas dan dibelah empat. 

Cara Menghidang :
Lapikkan dulang dengan daun pisang. Letakkan nasi anggaran 5 orang makan, di atas nasi letakkan keluban tadi. Telur rebus diletakkan di atas keluban. Ikan kembong, ikan masin dan ikan bilis diletakkan berselang-seli di tepi nasi.
Sego Keluban

Artikel Sebelum

Ayam Masak Sate Selabak

Artikel Berikut

Artikel Lain