Ayam Masak Ketumbar Mak Kampung - Jamu Selera | mStar

Ayam Masak Ketumbar Mak Kampung

Ayam Masak Ketumbar Mak Kampung

MENGHASILKAN masakan yang digemari seisi keluarga pasti menjadi keutamaan si ibu, terutama di bulan Ramadan. Bagaimanapun, ada juga yang cuba memperlbagaikan menu berbuka puasa untuk mengelak rasa jemu terutama kanak-kanak.


Apa kata kali ini cuba pula resipi di bawah untuk menjadi hidangan  utama ketika berbuka nanti.


Ayam Masak Ketumbar Mak Kampung

Bahan:
1 ekor ayam dipotong 18
5 batang serai
6 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1⁄4 cawan ketumbar - dimesin
1 sudu jintan putih - dimesin
1 helai daun kunyit
1⁄2 sudu kunyit serbuk
1 keping asam gelugur
2 cawan santan pekat
4 sudu minyak masak
Garam dan gula

Cara:
Bersihkan ayam. Tumbuk bawang putih dan bawang merah. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi bersama, serai, daun kunyit, ketumbar dan jintan putih.Masukkan ayam, serbuk kunyit, asam gelugur, gula dan garam. Tambah sedikit air dan santan, didihkan. Setelah empuk, tambahkan lagi santan.

Artikel Sebelum

Sambal Belacan Mempelam Muda

Artikel Berikut

Ayam Masak Sate Selabak

Artikel Lain

Tun M pandu Proton Saga baharu