Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

Pakar Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan ketika memberikan ceramah pada Program NUH 2020, baru-baru ini. Foto: Azlina Abdullah

SIAPA yang tidak kenal dengan Dr Azizan Osman?

Sebut sahaja namanya, pasti terbayang figura tokoh motivasi keusahawanan terkemuka negara.

Bergelar Pakar Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, namun bukan mudah untuk Dr Azizan berada di tahapnya sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Azizan Osman catat sejarah, anak Malaysia pertama dianugerah Top 50 Marketing and Advertising Leaders sempena MADcon Dubai 2019

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya dengan berniaga baru boleh jadi jutawan - Dr Mahathir

Semua pengalaman pahitnya, jatuh bangun ketika memulakan perniagaan selepas nekad mengambil keputusan untuk berhenti kerja sehingga pernah dikejar ah long, diceritakan sewaktu Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020, bertempat di Setia City Convention Centre, Shah Alam, Selangor hujung minggu lalu.

“Tiga tahun saya gagal dalam bisnes iaitu bermula tahun 1998, 1999 dan 2000. Ketika itu umur saya 24 hingga 26 tahun. Saya berhenti kerja sebab nak mulakan perniagaan, tapi mak saya kata ‘keluarga kita tak ada darah bisnes’.

“Saya teruskan, buat bisnes bekalkan kelapa di kampung. Saya pinjam duit mak, beli kelapa dari Johor ke Melaka. Tapi tak menjadi sebab kelapa busuk separuh. Tak dapat pulangan modal sepenuhnya, saya putus asa dan berhenti.

“Bisnes kedua, jual sabun basuh baju. Saya pinjam duit mak lagi beli sabun. Saya bawa jualan di sebuah pejabat kerajaan, tak sampai lima minit, habis. Tapi masalahnya, yang beli itu bayar tiga kali. Jadi saya berhenti.

“Bisnes ketiga, saya jual barangan kesihatan seperti produk kuruskan badan, tongkat ali, kacip fatimah. Pun tak menjadi. Tahun 2000, kawan ajak melabur. Modalnya kena ada RM 100,000... Selepas bincang dengan mak dan ayah, kami pajak rumah. Tapi sampai sekarang tak dapat pulangan. Dalam tempoh tiga tahun, saya terhutang dengan ah long sebanyak suku juta,” ujarnya.

Program NUH 2020 berlangsung selama tiga hari bermula 25 Januari lalu dan dihadiri lebih 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

Hingga suatu ketika, kata Dr Azizan, dia dipertemukan dengan seorang lelaki tua berbangsa Cina yang mengajarnya erti bangkit daripada kegagalan.

“Bulan 10, tahun 2000... Allah bagi jalan. Dia jumpakan saya dengan seorang Cina bernama Peter. Saya jumpa dia, saya minta nasihat. Peter nasihatkan saya belajar kerja di bawah orang dan belajar. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya bina pasukan di bawah satu syarikat advertising (pengiklanan).

“Namun kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas. Disebabkan itu, maka misi saya adalah dengan menubuhkan RichWorks,” tegas Dr Azizan.

RichWorks International Sdn Bhd adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Sejak ditubuhkan 12 tahun lalu pada 2008, RichWorks telah melatih lebih 10,000 syarikat menerusi Master Coach, Dr Azizan Osman.

Fakta yang lebih menarik, lebih 650,000 peserta telah menghadiri lebih 1,500 seminar dan program anjuran RichWorks.

Sejak ditubuhkan 12 tahun lalu pada 2008, RichWorks telah melatih lebih 10,000 syarikat menerusi Master Coach, Dr Azizan Osman.

Dengan rekod prestasi yang terbukti berkesan, strategi perniagaan dan program mentoring yang efektif, Dr Azizan dan RichWorks telah membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh enam sehingga 24 bulan.

Visi RichWorks adalah ‘Netflix’ Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dan akses mudah ke kandungan berorientasikan results serta penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate and Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Menerusi Program NUH 2020, salah satu seminar anjuran RichWorks, ia bertujuan untuk membantu usahawan atau bakal usahawan meningkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.

Ini adalah kali kedua RichWorks menganjurkan seminar NUH, di mana acara sulungnya berlangsung pada 30 Ogos hingga 1 September 2019.

Baru-baru ini, seminar NUH edisi ke dua berlangsung selama tiga hari bermula 25 Januari lalu dan dihadiri lebih 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut meluangkan masa menghadiri program NUH 2020.

Lebih manis, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut meluangkan masa menghadiri program berkenaan pada hari kedua ia berlangsung.

Dalam program tersebut, sebilangan usahawan Bumiputera turut berkongsi kisah kejayaan mereka kepada pemimpin nombor satu negara itu.

Mereka yang mengusahakan pelbagai produk seperti kek, baju kurung, perabot sehinggalah kepada produk penjagaan diri kini mampu berbangga apabila memiliki kilang sendiri dan sudah mempunyai tapak yang kukuh dalam platform atas talian.

Kejayaan tersebut adalah hasil daripada menghadiri seminar yang dikendalikan Dr Azizan.

Buktinya, sebilangan besar daripada peserta ini yang dahulunya hanya orang biasa, kini berjaya membina empayar bisnes sehingga mampu membuat jualan mencecah jutaan ringgit setahun, antaranya Nurraysa, Bantal Hotel DAG, Eskayvie, Hasnuri, Sabella, Rempah Mak Siti, Noor Arfa Batik, Jamumall, Najib Asaddok dan ramai lagi.

Attitude anda menentukan anda di mana. Itu yang membezakan antara orang berjaya dengan yang tak berjaya. Its now or never. Kalau tak buat sekarang, nak tunggu bila? Tiada siapa boleh jamin esok masih ada, atau boleh hidup 100 tahun lagi. Tapi ingat, kejayaan akan datang jika anda push diri sendiri,” ujar Dr Azizan.

Kepada yang berminat untuk menyertai NUH2020 demi mengubah taraf kehidupan masing-masing boleh melayari laman sesawang www.NakUbahHidup2020.com

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain