Serlahkan kreativiti anak-anak dengan cabaran HP Little Makers yang menyeronokkan! - Klik | mStar

Serlahkan kreativiti anak-anak dengan cabaran HP Little Makers yang menyeronokkan!

HP memperkenalkan cabaran HP Little Makers menerusi Mesin Pencetak HP DeskJet Ink Advantage 3700 untuk menyerlahkan kreativiti anak-anak.

KREATIVITI anak-anak pastinya menjadi perhatian ibu bapa dalam dunia teknologi yang kini semakin canggih dan berkembang pesat, terutama dalam pembelajaran.

Seiring dengan perkembangan itu, HP memperkenalkan cabaran HP Little Makers menerusi Mesin Pencetak HP DeskJet Ink Advantage 3700.

Cabaran itu memperlihatkan satu peluang terbaik untuk kanak-kanak mencipta semula pembelajaran imersif dengan mesin pencetak tersebut.

Selaras dengan fokus Kementerian Pendidikan terhadap pembelajaran berasaskan teknologi, cabaran HP Little Makers menggalakkan kreativiti dalam persekitaran pembelajaran yang maju untuk kanak-kanak menggunakan teknologi dan pembelajaran berasaskan bermain.

Pengarah Urusan HP Malaysia, Fayza Amin berkata, sebagai ibu, beliau memahami betapa pentingnya pendidikan yang menyeluruh.

"Dengan HP Little Makers, kami ingin menunjukkan bagaimana teknologi dan kreativiti dapat bersatu dengan mendidik generasi masa depan Malaysia di rumah dan di sekolah", katanya dalam satu kenyataan.

Cabaran HP Little Makers menggalakkan kreativiti dalam persekitaran pembelajaran menggunakan teknologi dan pembelajaran berasaskan bermain.

Cabaran Little Makers HP Malaysia direka untuk ibu bapa, guru dan pereka muda, pencipta serta pemikir mereka untuk bermain dan belajar bersama sambil berkongsi ciptaan mereka dengan rakan dan keluarga. 

Selain itu, ia turut bertujuan untuk membantu kanak-kanak mencungkil potensi dalaman dan bakat mereka menggunakan pencetak DeskJet HP.

Cabaran ini terbuka kepada kanak-kanak berusia antara 5 dan 12 tahun, di mana kanak-kanak yang mengambil bahagian dan keluarga mereka berpeluang memenangi produk HP bernilai RM500. 

Lima pemenang akan dipilih setiap dua minggu sejajar dengan Cabaran Mingguan menerusi kempen yang berlangsung selama l6 minggu.

Dalam pada itu, sekolah pula berpeluang memenangi satu set HP Idea Lab bernilai RM20,000.

HP bekerjasama dengan 40 sekolah di seluruh negara yang akan menerima sebuah HP Deskjet Ink Advantage serta peluang untuk memenangi satu set HP Idea Lab.

HP Idea Lab akan menampilkan HP Pavilion x360 dan HP DeskJet Ink Advantage 3700 untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran.

Cabaran Little Makers membantu kanak-kanak mencungkil potensi dalaman dan bakat mereka menggunakan pencetak DeskJet HP.

Cabaran dalam talian akan dikemaskini dua kali seminggu di hp little makers untuk disiapkan oleh kanak-kanak, ibu bapa atau guru secara bersama. 

Setiap cabaran Little Makers disertakan dengan panduan langkah demi langkah untuk projek kecil serta fakta-fakta berunsur pendidikan yang menyeronokkan.

Direka secara kompak dan tanpa wayar, siri HP Deskjet Ink Advantage 3700 mampu milik merupakan pencetak semua dalam satu yang membantu memberi inspirasi untuk projek-projek kreatif dengan anak-anak anda di samping menyerlahkan karya mereka.

Untuk memudahkan percetakan, HP Smart App membantu mencetak tanpa wayar dari telefon pintar dan tablet Android serta Apple iOS.

Jadi apa tunggu lagi, serlahkan kreativiti anak-anak anda dengan cabaran HP Little Makers!

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain