suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kain Songket Pilihan Thanuja

Thanuja meminati kain songket.
BAK kata orang kalau sudah semula jadi cantik, pakailah apa pun tetap nampak menawan!

Lihat sahaja bekas Ratu Cantik 2009 iaitu Thanuja, bukan main melaram sakan dia dengan busana daripada kain songket dan kelihatan sesuai dengan gayanya ketika menghadiri sebuah acara baru-baru ini.

Berborak dengan wanita tinggi lampai ini, Thanuja berkata, dia sebenarnya sangat sukakan kain songket kerana ia melambangkan kemewahan selain tertarik dengan kehalusan tetunannya.

Thanuja memadankan blaus dari kain songket dengan gaun labuh dari fabrik lembut.

Bagaimanapun kata Thanuja, dia sengaja memilih untuk tampil dengan rekaan moden bagi menyerlahkan lagi songket daripada rona keemasan itu.

"I pun nak bergaya jugak hari raya nanti. Macam mana cantik tak baju yang saya pakai ini?," tanya bekas peserta program Masterchef Selebriti Malaysia ini.

Tambah Thanuja, untuk tidak kelihatan terlalu sarat dengan songket, dia turut memadankan stail tersebut dengan gaun labuh dari fabrik berbeza.

"Songket adalah kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia dan sudah tentu ia akan sentiasa menjadi pilihan saya," katanya.
Songket, Thanuja, Stail.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain