suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga emas 75 tahun naik syahwat dengan anak jiran... Perkosa kanak-kanak OKU dalam rumah sendiri!

Suspek ditahan polis pada Isnin untuk siasatan lanjut.

SEORANG warga emas berusia 75 tahun ditahan Unit Perlindungan Perempuan dan Anak selepas disyaki memperkosa anak jirannya sendiri yang juga kanak-kanak kategori orang kurang upaya (OKU).

Suspek didakwa merogol mangsa ketika kanak-kanak itu datang bermain di rumahnya di Gresik, Indonesia pada Oktober lalu.

Ketika itu rumah berkenaan sunyi dan kesempatan berkenaan digunakan suspek untuk melakukan perbuatan keji tersebut.

Tindakan terbongkar apabila ibu mangsa datang menjemput anaknya dan mendapati pintu serta tingkap rumah tertutup rapat sehingga menimbulkan curiga. 

Selepas didesak, mangsa menceritakan kejadian sebenar sebelum keluarga membuat laporan polis.

Ketua Polis Gresik, Abid Uais Al-qarni berkata pihaknya bertindak pantas menjalankan siasatan sebelum menahan suspek pada Isnin lalu.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan kerana terdapat kemungkinan kejadian itu bukan kali pertama berlaku. -Agensi

Artikel Lain