SEORANG lelaki meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya mengalami komplikasi kesihatan serius akibat menjalinkan hubungan sulit di belakangnya.
Menurut lelaki itu, isterinya baru keluar dari hospital selepas hampir dua minggu dirawat akibat rectovaginal fistula iaitu keadaan di mana terdapat lubang antara faraj dan rektum sehingga menyebabkan najis keluar melalui laluan yang salah.
Katanya, dia pada awalnya tidak mengetahui sebab sebenar keadaan itu sehinggalah terdengar sendiri pengakuan isterinya kepada doktor bahawa masalah tersebut berpunca daripada hubungan seks di luar pengetahuan suami.
“Saya tidak pernah sekalipun melakukan apa-apa yang boleh menyebabkan kecederaan seperti itu. Rupa-rupanya dia sudah lama melakukannya dengan orang lain,” katanya.
Lelaki itu berkata isterinya sebelum ini cuba menyembunyikan simptom dengan memakai lapisan tambahan dalam pakaian dan menyalahkan bau tidak menyenangkan sebagai perkara kecil.
Namun keadaan semakin teruk sehingga isterinya tidak lagi mampu bergerak bebas dan akhirnya mendapatkan rawatan di hospital.
Katanya lagi, dia berhasrat untuk mengakhiri rumah tangga mereka selepas mengetahui kebenaran tersebut.
Kejadian dipercayai berlaku di Nigeria.
“Saya tidak boleh maafkan. Saya tidak halau dia dari rumah kerana itu rumah kami, tetapi saya mungkin akan berpindah.
"Saya tunggu ibu bapanya datang hujung minggu ini sebelum buat keputusan,” katanya.
Lelaki itu menambah bahawa kejadian tersebut memberi tamparan hebat dalam hidupnya dan dia masih terkejut dengan apa yang berlaku. -Agensi


