suria

Lelaki mengaku bakar tiga motosikal jiran angkara dendam, tuduh curi duit

Tiga motosikal hangus dalam kebakaran yang disengajakan. -Foto Kompas

SEORANG lelaki ditahan polis selepas bertindak membakar tiga buah motosikal milik jirannya kerana dendam.

Suspek berusia 41 tahun itu juga menuduh mangsa mencuri wangnya berjumlah 1.1 juta rupiah (kira-kira RM273).

Kejadian dilaporkan berlaku di Gamping, Sleman Indonesia.

Ketua Polis Gamping, AKP Bowo Susilo berkata, kejadian berlaku pada pukul 1.30 pagi, 25 Oktober lalu.

"Ketika kejadian, mangsa terdengar bunyi letupan dan bau hangit.

"Selepas keluar untuk memeriksa keadaan, dia melihat tiga buah motosikal yang diletakkan di teres rumahnya sudah terbakar," ujar Bowo pada Selasa.

Tambahnya, siasatan pihak bomba mendapati api berpunca daripada motosikal dan kebakaran tersebut disengajakan.

"Hasil siasatan lanjut membawa polis kepada penjual petrol yang memaklumkan seorang lelaki membeli satu liter petrol menggunakan botol plastik merah pada pagi sebelum kejadian," ujarnya.

Susulan itu, kata Bowo, polis menahan suspek pada 5 Oktober dan hasil semakan mendapati dia mempunyai rekod lampau berkaitan kes penganiayaan dengan senjata tajam.

"Semasa diperiksa, polis menemui kesan terbakar pada kaki kanan suspek. 

"Dia kemudian mengaku menyimbah petrol pada motosikal milik mangsa sebelum menyalakannya dengan pemetik api.

"Suspek menyatakan bertindak sebegitu kerana dendam selain menuduh mangsa mengambil wangnya sebanyak 1.1 juta rupiah (kira-kira RM273)," tambahnya. -Agensi

Artikel Lain