suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cuba tiru aksi orang bersunat, murid pra-sekolah gunting kemaluan rakan

Aktiviti di dalam kelas yang menggunakan peralatan tajam perlu sentiasa dipantau oleh guru. -Gambar hiasan

SEORANG murid lelaki Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengalami kecederaan pada kemaluannya selepas digunting oleh rakan ketika terlibat dalam aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.

Kejadian berlaku sebuah sekolah di Solo, Indonesia pada 11 September lalu.

Menurut Ketua Pejabat Pendidikan Kota Solo, Dwi Ariyatno, kejadian berlaku ketika pelajar berusia sekitar empat hingga lima tahun itu menyertai aktiviti menggunting dan menampal di bawah seliaan guru.

Namun, sewaktu guru membawa murid lain mencuci tangan, seorang pelajar mengambil gunting dan mencederakan kemaluan rakannya.

"Kejadian berlaku di dalam kelas. Pelajar terbabit memberitahu dia berbuat demikian kerana mempraktikkan amalan berkhatan," jelas Dwi.

Mangsa segera dibawa ke hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil serta telah dibenarkan keluar. 

Namun begitu, mangsa masih berada di bawah pemantauan Jabatan Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Kanak-Kanak Kota Surakarta bersama beberapa agensi berkaitan.

Dwi turut memaklumkan bahawa pihak sekolah telah mengadakan sesi rundingan antara keluarga kedua-dua murid.

Pejabat Pendidikan kini sedang menilai semula prosedur keselamatan di sekolah, khususnya berkaitan penyimpanan peralatan tajam yang berisiko. -Agensi

Artikel Lain