suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dron serang kapal utama Global Sumud Flotilla di perairan Tunisia

Kapal utama konvoi GSF yang diserang sebuah dron pada Isnin malam. -Foto Yaseminacr_

SEBUAH kapal utama milik konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza dilaporkan telah diserang oleh sebuah dron ketika berada di perairan Tunisia.

GSF menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Selasa berkata, kapal yang berlayar di bawah bendera Portugal itu membawa jawatankuasa pengurusan konvoi berkenaan. 

Insiden tersebut menyebabkan kerosakan akibat kebakaran pada dek utama serta ruang simpanan di bawah dek.

Bagaimanapun, kesemua enam orang yang berada di atas kapal tersebut termasuk anak kapal dan penumpang, dilaporkan selamat.

GSF menambah tindakan agresif tersebut langsung tidak melemahkan semangat para sukarelawan.

"Misi aman kami untuk memecahkan kepungan di Gaza dan berdiri teguh bersama rakyatnya akan diteruskan dengan tekad dan iltizam, ujarnya.

Konvoi Global Sumud Flotilla, yang dinamakan sempena perkataan Arab 'Sumud' yang bermaksud keteguhan, terdiri daripada kira-kira 20 buah kapal yang membawa peserta dari pelbagai negara.

Antara yang terlibat termasuk doktor, wartawan dan aktivis kemanusiaan. 

Sekitar 150 orang aktivis termasuk 15 peserta dari Malaysia telah menyertai misi membawa bekalan bantuan untuk penduduk Gaza. -Agensi

Artikel Lain