SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun melahirkan bayi pramatang selepas dipercayai menjadi mangsa rogol jirannya.Lebih menyedihkan, bayi itu meninggal dunia di hospital sejurus dilahirkan sehingga kes tersebut mencetuskan kekecohan ramai. Susulan itu, satu laporan dibuat pada 4 September sebelum suspek berusia 45 tahun ditahan atas dakwaan merogol mangsa.Kanak-kanak dari Bareilly, Uttar Pradesh, India itu bersalin ketika kandungannya berusia enam bulan, kata Timbalan Penguasa Polis Nilesh Mishra.ARTIKEL BERKAITAN: Suspek kes rogol beri alasan mati pucuk, mustahil buat jenayah sebab kemaluan hanya 2.54 cmKetika soal siasat, mangsa mendakwa dia dirogol oleh suspek berulang kali sejak lapan bulan lalu.Suspek yang juga bapa kepada dua cahaya mata didakwa merakam perbuatan keji itu dan mengugut untuk membunuh abang mangsa jika rahsianya terbongkar.Suspek kini diletakkan dalam tahanan dan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) turut diambil untuk tujuan siasatan lanjut. -Agensi.