suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita dipatuk ular kapak! Sangka petik cendawan, rupanya telur reptilia berbisa

Mangsa dirawat di sebuah hospital selepas dia dipatuk seekor ular.

SEORANG wanita dipatuk ular selepas menyangka telur reptilia itu sebagai cendawan ketika mencari hasil hutan pada Ahad.

Mangsa, Chalaem Pinsuwan, 62, berkata dia melihat beberapa biji bebola putih berada di bawah daun.

Ketika cuba mengambil bebola itu, secara tiba-tiba seekor ular muncul dan mematuk jarinya.

Suami mangsa, Bacha, 50, yang berada berdekatan terus membunuh ular itu dan memasukkannya ke dalam beg plastik.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas buat ‘eksperimen’ beri anjing makan cendawan liar, akhirnya sekeluarga masuk hospital!

Dia kemudian membawa mangsa dan ular yang sudah mati itu ke Hospital Nang Rong, Buriram, Thailand.

Pihak hospital mengesahkan reptilia itu merupakan ular kapak.

Mangsa diberi rawatan antivenom dan menahan Chalaem untuk pemerhatian rapi. -Agensi.

 

Artikel Lain