suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sering tayang kemewahan hidup di TikTok, mayat 'influencer' sekeluarga ditemukan berbungkus dalam pikap

Mayat mangsa dibungkus dan diletakkan di dalam kenderaan pikap tersebut. -Foto NY Post

PIHAK berkuasa tidak menolak kemungkinan kes pembunuhan membabitkan seorang pempengaruh di TikTok, ada kaitan dengan kumpulan jenayah terancang.

Esmeralda Ferrer Garibay, 32, ditemukan maut bersama suaminya, Roberto Carlos Gil Licea, 36, serta dua anak mereka berusia 13 dan tujuh tahun dalam sebuah trak pikap.

Semua mayat ditemukan dalam keadaan berbalut dengan plastik di San Andres berhampiran Guadalajara, Mexico pada 22 Ogos lalu.

Menurut pihak pendakwa raya, siasatan mendapati keluarga itu dipercayai dibunuh di sebuah bengkel kereta sebelum mayat dipindahkan ke lokasi penemuan. 

Polis turut menemui kesan darah dan kelongsong peluru di bengkel tersebut.

Esmeralda yang mempunyai lebih 44,000 pengikut di TikTok sering berkongsi barang berjenama, kereta dan gaya hidup mewah di media sosial.

Sebahagian video juga memperlihatkan dirinya melakonkan semula lagu Narco-corridos yang dikaitkan dengan kartel dadah. -Agensi

Artikel Lain