suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2 pelajar ditahan, disyaki terlibat bunuh mak nyah di salun

Membunuh adalah satu kesalahan jenayah berat. -Gambar hiasan

DUA pelajar sekolah menengah ditahan polis pada Selasa selepas disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki transgender atau 'mak nyah'.

Kedua-dua suspek masing-masing berusia 15 tahun dan 14 tahun itu ditahan di lokasi berasingan. 

Mereka merupakan pelajar di sebuah Sekolah Menengah Rendah di daerah Pesawaran, di Lampung, Indonesia.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Daerah Pesawaran, Pande Putu Yoga Mahendra, penahanan dibuat selepas mangsa ditemukan mati di dalam salunnya.

Susulan kepada hasil siasatan awal, polis menahan suspek pertama di rumah ibu bapanya sebelum berjaya menahan seorang lagi suspek di rumah neneknya.

Kedua-dua pelajar terbabit kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Pesawaran bagi membantu siasatan. 

Polis memaklumkan, siasatan masih diteruskan untuk mendapatkan keterangan lengkap daripada mereka.

Dalam perkembangan sama, pihak berkuasa turut melibatkan Balai Permasyarakatan (Bapas) dalam proses siasatan memandangkan kedua-duanya masih di bawah umur dan berstatus pelajar. -Agensi

Artikel Lain