suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelanggan lain belanja… Individu alami hari sukar boleh minum kopi percuma di kafe ini

Papan resit untuk penebusan.

SEBUAH kafe mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan inisiatif unik menyediakan kopi dan makanan percuma kepada sesiapa sahaja yang berdepan hari sukar.

Pasangan suami isteri, Jess dan Soffie Cutler, yang telah mengendalikan Sol Natural Foods di Darra, Brisbane sejak lapan tahun lalu, mengakui mereka mula menyedari pelanggan semakin terkesan dari segi kewangan dan mental.

"Kami mendapat banyak sokongan untuk perniagaan, jadi kami mahu lakukan sesuatu bagi menyokong komuniti yang sentiasa menyokong kami," kata Jess.

Hasilnya, mereka memperkenalkan papan 'pay it forward' di kafe berkenaan, yang dipenuhi resit minuman atau makanan prabayar oleh pelanggan tetap. 

Resit tersebut boleh ditebus oleh sesiapa sahaja yang memerlukannya.

Menurut Jess, inisiatif itu bukan sahaja untuk mereka yang berdepan masalah kewangan, malah terbuka kepada individu yang mungkin sekadar melalui hari yang sukar.

"Kami juga mahu memberi peluang kepada orang ramai yang ingin menyumbang semula kepada masyarakat. 

"Kadang-kadang secawan kopi atau sepotong kek mampu mengubah hari seseorang menjadi lebih baik," ujarnya.

Setakat ini, papan berkenaan menampung kira-kira 15 resit untuk kopi, makanan dan kek yang boleh dituntut.

Jess menegaskan matlamat utama kafe itu adalah untuk mewujudkan suasana seperti sebuah keluarga besar, sekali gus mengeratkan hubungan sosial yang dianggap penting untuk kesihatan mental.

"Sebagai barista, anda mungkin tidak sedar betapa besar kesan yang diberikan setiap hari, tetapi kami sendiri sudah mendapat ramai kawan. 

"Bagi kami, kafe ini bukan sekadar tempat berniaga," tambahnya. -Agensi

 

Artikel Lain