suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cikgu ‘hilang akal’ hentak pelajar dengan meja besi… Mangsa derita lengan patah tiga!

SEORANG guru Sains Sosial didakwa melakukan kekerasan hingga mengakibatkan lengan pelajarnya patah di tiga bahagian.

Kejadian dilaporkan berlaku di Madhuravada, India.

Berdasarkan laporan, guru terbabit didakwa menggunakan meja besi untuk menghentak lengan pelajar Kelas 8 di Sekolah Sri Tanush, sehingga menyebabkan kecederaan.

Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan punca kejadian tersebut berlaku. 

Susulan insiden tersebut, mangsa yang mendapatkan rawatan di Hospital Medicover disahkan mengalami patah lengan di tiga bahagian dan perlu menjalani pembedahan.

Suspek yang dikenali sebagai Mohan kini dalam pelarian, dan pihak polis sedang mengesannya.

Insiden itu telah mencetuskan kemarahan ibu bapa dan pekerja sosial.  -Agensi

Artikel Lain