suria

Alami kekejangan, rebah atas katil ketika aktiviti seks.... Pesara umur 76 meninggal dunia di hotel bajet

Siasatan awal polis tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah atau kecederaan pada tubuh mangsa. -Foto KhaoSod

SEORANG pesara berusia 76 tahun ditemukan maut di sebuah hotel bajet selepas dipercayai mengalami serangan jantung ketika bersama seorang wanita.

Menurut laporan media tempatan, warga emas itu mendaftar masuk ke bilik hotel bersama seorang wanita berusia 44 tahun sekitar tengah hari Rabu.

Tidak lama selepas mereka mengadakan hubungan intim, mangsa tiba-tiba mengalami kekejangan sebelum rebah di atas katil.

Wanita terbabit segera mendapatkan bantuan daripada kakitangan hotel, namun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Cekik pasangan sampai mati ketika seks, lelaki dipenjara 20 tahun

Pemeriksaan awal polis tidak menemui sebarang unsur jenayah atau kecederaan pada tubuh mangsa. 

Mayat dihantar ke hospital bagi tujuan bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian, namun pihak polis percaya mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung disebabkan aktiviti fizikal yang berlebihan.

Polis mengingatkan orang ramai, terutamanya warga emas yang mempunyai masalah kesihatan, agar lebih berhati-hati terhadap sebarang aktiviti yang boleh memberi tekanan kepada tubuh. -Agensi.

Artikel Lain