suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ditahan selepas edar dadah, lelaki beri alasan ‘sara’ kucing dan anjing terbiar

Anjing dan kucing terbiar yang dijaganya.

SEORANG lelaki yang ditahan pada Selasa kerana menjual methamphetamine, mengaku tindakan itu adalah untuk membiayai kos makanan lebih 30 kucing dan anjing terbiar di bawah jagaannya.

Lelaki berusia 41 tahun itu pada asalnya bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan harian sekitar 200–500 baht (lebih kurang RM26 hingga RM65).

Namun jumlah itu tidak mencukupi untuk membiayai makanan haiwan-haiwan terbiar berkenaan.

Kejadian berlaku di Wilayah Sa Kaeo di Thailand.

Dalam serbuan polis di rumahnya, turut ditemui beberapa lelaki muda yang sedang menghisap bahan terlarang itu.

Pihak berkuasa menegaskan bahawa walaupun niat menjaga haiwan itu mulia, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk melanggar undang-undang. -Agensi

Artikel Lain