suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cekik pasangan sampai mati ketika seks, lelaki dipenjara 20 tahun

Hukuman keras wajar diberikan kepada mereka yang melakukan jenayah berat. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki dijatuhi hukuman penjara selepas dia didapati bersalah membunuh pasangannya.

Alcwyn Thomas, 44, mendakwa Victoria Thomas, 45, meninggal dunia semasa melakukan hubungan seks di bilik tidur kediaman mereka.

Dakwa lelaki itu, wanita tersebut meminta untuk dicekik ketika mereka berasmara.

Dia turut mengambil dadah dan minuman beralkohol ketika kejadian itu.

Pasangan itu menjalinkan hubungan selama empat tahun tetapi tidak berkahwin.

Thomas mengaku dia mencekik wanita itu tetapi menafikan pembunuhan yang berlaku di rumah mereka di Caerphilly Road, Cardiff.

Dia dijatuhi hukuman penjara 19 tahun dan 121 hari.

Juri di Mahkamah Mahkota Cardiff mengambil masa lebih empat jam untuk mensabitkannya selepas perbicaraan yang berlangsung hampir dua minggu. - Agensi.

Artikel Lain