suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat polis terhempas, ramai saksi nampak menjunam dalam laut... Enam anggota maut

Sebuah pesawat kecil terhempas mengorbankan semua penumpang di dalam. -Foto Polis Diraja Thailand

ENAM anggota polis terbunuh selepas pesawat kecil dinaiki mereka terhempas ke dalam laut pada Jumaat pagi.

Kejadian tragis itu berlaku berhampiran pusat peranginan popular Hua Hin, Thailand.

Insiden berlaku sejurus selepas pesawat milik Polis Diraja Thailand itu berlepas dari Lapangan Terbang Hua Hin, sebelum terhempas ke dalam laut di daerah Cha-am, Wilayah Phetchaburi.

Anggota yang terlibat dalam insiden itu termasuk tiga juruterbang, dua mekanik dan seorang jurutera.

Berdasarkan laporan polis, pesawat malang berkenaan sedang menjalankan penerbangan ujian sebagai persediaan untuk latihan payung terjun.

Rakaman video kejadian menunjukkan pesawat itu menjunam secara menegak ke dalam laut, dipercayai akibat kerosakan enjin selepas berlepas.

Pusat Kecemasan Polis Wilayah Phetchaburi menerima laporan tentang kejadian tersebut sekitar pukul 8:15 pagi (waktu tempatan), apabila penduduk dan pelancong berhampiran kawasan resort tempatan melihat pesawat itu terhempas.

Setakat ini, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas. -Xinhua

Artikel Lain