suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki tunggang motosikal sambil bawa guni, kantoi buang mayat dalam longkang

Rakaman CCTV memperlihatkan suspek membawa guni 'berdarah' sambil menunggang motosikal -Foto detikcom

AKSI berani seorang lelaki mengundang perhatian warga tempatan apabila dia sama sekali tidak berusaha 'menutup' jenayah yang dilakukannya.

Tinjauan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Polis Metro Jaya memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal sambil membawa guni 'berdarah' dipercayai sedang dalam perjalanan untuk membuang mayat mangsa.

Kejadian dilaporkan berlaku di Tangerang, Indonesia.

Perselisihan faham di tempat kerja disyaki menjadi motif pembunuhan. -Foto detikcom

Mayat mangsa ditemukan pada Selasa sebelum suspek ditahan esoknya. -Foto detikcom

Siasatan awal mendapati mayat mangsa ditemukan di dalam longkang oleh warga sekitar pada pagi Selasa.

Identiti mangsa dikenal pasti sebagai Al-Bashar, 32, yang berasal dari Lampung dan bekerja di Jakarta Selatan.

Ketua Sub-Direktorat Siasatan Jenayah Polis Metro Jaya, Pesuruhjaya Kanan Abdul Rahim kemudian mengesahkan penahanan suspek pada Rabu.

Pelaku berusia 23 tahun itu bagaimanapun tidak berkomplot dengan mana-mana individu lain.

Motif pembunuhan disyaki berpunca daripada masalah di tempat kerja. - Agensi

Artikel Lain