suria

Terlalu kejam! Nelayan terkejut jumpa mayat tanpa anggota badan terapung dalam sungai

Kepala, tangan, kaki, dan kemaluan mangsa ditemukan terapung di dalam sungai. -Foto Kompas.com

PENDUDUK sebuah kampung digemparkan dengan penemuan mayat manusia dalam keadaan tidak sempurna terapung di sebatang anak sungai selama dua hari berturut-turut.

Penemuan pertama berlaku kira-kira pukul 10.27 pagi Selasa oleh seorang nelayan yang sedang membersihkan kapal miliknya.

Pada awalnya dia menyangka objek mencurigakan itu adalah patung, namun terkejut apabila mendapati ia merupakan mayat manusia dalam keadaan mengerikan.

Menurut Ketua Polis Iptu Wadriadi, mayat ditemukan terapung dengan kepala, tangan, kaki dan kemaluan dikerat.

Kejadian dilaporkan berlaku di Sungai Batang Anai, Sumatera Barat, Indonesia pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Mayat wanita tanpa kepala, tangan disumbat dalam tong sampah adalah Cikgu Istiqomah... DNA sepadan dengan ibu

Siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki, berdasarkan ciri-ciri yang terdapat pada bahagian dada.

Kemudian pada Rabu, penduduk sekali lagi dikejutkan dengan penemuan kaki manusia, selang tiga kilometer dari lokasi kejadian.

"Melihatkan penemuan baharu, kemungkinan besar ia ada kaitan dengan mayat tidak sempurna yang ditemukan pada Selasa," katanya.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Bhayangkara untuk dibedah siasat.

Sehingga kini, identiti mangsa masih lagi belum dikenal pasti.

Sehubungan itu, pihak polis giat mengambil keterangan daripada penduduk setempat bagi membantu siasatan. -Agensi

Artikel Lain