SEPASANG suami isteri ditahan polis kerana merakam dan mengedar kandungan terlarang membabitkan anak lelaki mereka pada Sabtu.
Wanita berusia 35 tahun mengakui terbabit dalam kegiatan itu, namun suaminya berusia 43 tahun menafikan terlibat mengeksploitasi anaknya berusia 10 tahun.
Kegiatan itu terbongkar selepas polis sebelum itu menahan dua lelaki berusia 27 dan 32 tahun kerana mengedar pronografi kanak-kanak menerusi laman sesawang.
Kejadian berlaku di wilayah Rayong, Thailand.
Ibu mangsa yang juga suspek (tengah) dalam kes ekspolitasi kanak-kanak. Foto KhaoSod
Dalam masa dua minggu, kumpulan itu mengumpulkan lebih 1,000 ahli, menjana kira-kira 300,000 baht (RM39,000).
Ini membawa kepada siasatan lanjut dengan polis menemui banyak koleksi pornografi kanak-kanak dan menemui bukti pembabitan suami isteri dalam kes berkenaan.
Polis memperoleh waran untuk menggeledah kediaman suami isteri berkenaan dan menyelamatkan kanak-kanak terbabit.
Semasa disoal siasat, kanak-kanak itu mengesahkan peranannya dalam lebih 220 video yang turut menampilkan ibu bapanya.
Rekod kewangan mendedahkan terdapat transaksi ke dalam akaun suspek wanita yang mengesahkan pendapatan daripada kumpulan haram itu.
Supsek wanita mengakui penglibatannya, manakala suaminya mendakwa rakaman itu adalah untuk tujuan peribadi dan menafikan untuk tujuan komersial.-Agensi