suria

Remaja rancang pembunuhan kejam, bengang teman tidur enggan padam video intim

Forensik memeriksa kereta mangsa. -Foto Bangkok Post

SEORANG jurujual motosikal dijerut dengan tali sebelum ditikam hingga mati oleh seorang remaja lelaki di dalam keretanya pada Selasa.

Pemuda berusia 25 tahun itu dibunuh kerana suspek berang tindakannya merakam video mereka melakukan hubungan intim dan enggan memadamnya di telefon.

Polis berkata analisis asid deoksiribonukleik (DNA) oleh pasukan forensik membantu membawa mereka mengesan suspek sebagai pembunuh.

Kejadian berlaku di Narathiwat, Thailand.

Polis sebelum itu tidak dapat mengetahui motif pembunuhan selain konflik peribadi, kerana mangsa tidak mempunyai sebarang masalah dengan sesiapa.

"Suspek mengatur pertemuan dengan mangsa, dengan suspek duduk di tempat duduk belakang dan meminta mangsa memadamkan klip yang dirakam secara rahsia.

"Tetapi mangsa menolak permintaan itu hingga berlaku pertengkaran yang berakhir dengan serangan maut," kata polis.

Laporan berita menyebut suspek menjerutnya dengan tali tetapi dia masih hidup, lalu menikamnya lima kali di dada, perut dan rusuk kiri dengan pisau.

Polis menemui kesan darah di tempat duduk pemandu, bersama sepasang cermin mata. Mereka juga menemui cincin di bawah tempat duduk.

Penyiasat mendakwa suspek melakukan pembunuhan terancang.

Siasatan lanjut kes berkenaan masih diteruskan.-Agensi

Artikel Lain