suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gagal cabul… Pemuda pukul, cekik ibu saudara sampai mati

Hukuman menanti pesalah seksual adalah berat. - Gambar hiasan

SEORANG wanita maut dicekik oleh anak saudaranya sendiri kerana melawan ketika dicabul suspek pada Sabtu.

Ketika kejadian, mangsa berusia 35 tahun bersendirian sehingga anak lelaki kepada abang iparnya masuk ke bilik dan cuba mencabulnya.

"Apabila dia melawan, anak saudaranya berusia 22 tahun didakwa memukulnya di kepala dengan kayu menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

"Suspek kemudian bertindak mencekik mangsa hingga mati," kata Penguasa Polis, Manoj Kumar Awasthi.

Kejadian berlaku di Katia, Meeranpur Katra, India.

Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Difahamkan ketika kejadian bapa kepada suspek berada di luar rumah mangsa.

Polis hanya dimaklumkan kejadian itu pada pagi Sabtu dan suspek kini dalam buruan selepas melarikan diri.-Agensi

Artikel Lain