suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi di dusun durian... Tiga sekeluarga maut kereta dihempap pokok tumbang

Keadaan kereta mangsa yang dihempap ​​pokok di Langkat, Sumatera Utara. -Foto Istimewa/Detik

TIGA sekeluarga maut selepas kereta mereka dihempap sebatang pohon ketika dalam perjalanan pulang dari dusun durian.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 10 pagi Isnin, di Desa Telagah, Langkat, Sumatera Utara.

Menurut Ketua Polis Daerah Binjai, AKBP Bambang Christanto Utomo, ketika kejadian, keluarga berkenaan dalam perjalanan pulang namun secara tiba-tiba, berlaku angin kencang menyebabkan sebatang pokok tumbang dan menghempap kenderaan yang dinaiki mereka.

"Dusun durian berkenaan adalah milik keluarga mangsa. Ada lima hingga enam orang di dalam kereta.

"Mangsa yang maut adalah pemandu, penumpang di bahagian depan. Sementara penumpang di bahagian belakang terselamat," ujarnya dipetik Detik.

Menurut Bambang, keluarga mangsa bagaimanapun enggan melakukan bedah siasat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain