suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak lelaki 11 tahun jadi hero, tangkap ular sawa sepanjang 7 meter dengan tali

Video yang memaparkan Hakim sedang menangkap seekor ular sawa menjadi tular di laman sosial. -Foto Istimewa/Detik

SEORANG budak lelaki berusia 11 tahun bertindak berani apabila menangkap seekor ular sawa sepanjang tujuh meter dengan menggunakan tali.

Aksi kanak-kanak yang dikenali sebagai Hakim itu dirakam oleh rakannya dan menjadi tular.

Memetik laporan Detik, kejadian berlaku pada Jumaat lalu di Desa Siambo, Kecamatan Anggerja, Sulawesi Selatan ketika Hakim bersama beberapa rakannya baru pulang dari memancing dan terserempak dengan reptilia berkenaan di dalam semak.

Dengan seutas tali, Hakim menghalakannya menggunakan ranting ke arah kepala reptilia berkenaan dan cuba menariknya keluar dari kawasan semak dengan bantuan rakan-rakannya.

Kanak-kanak tersebut kemudian menarik tali yang mengikat kepala reptilia berkenaan.

Difahamkan reptilia berkenaan mati kerana terjerut.

Mereka kemudian membuang bangkai ular sawa itu ke dalam hutan.

Menurut mereka, reptilia tersebut berkemungkinan cuba 'mengintai' lembu milik penduduk kampung yang diternak berhampiran kawasan ia ditemui.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain