suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu nekad rantai kaki anak, malu kerana sering mencuri di rumah jiran

Polis melakukan siasatan di rumah seorang wanita yang didakwa merantai kaki anaknya sendiri. -Foto Istimewa/Polis Prabumulih

SEORANG ibu bertindak merantai kaki anak lelakinya yang berusia 17 tahun kerana mendakwa remaja berkenaan sering mencuri.

Kejadian berlaku di Prabumulih, Sumatera Selatan, Indonesia, lapor Detik.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Prabumulih, AKP Herli Hidayat, pihaknya segera melakukan siasatan selepas mendapat laporan daripada penduduk kampung.

Hasil soal siasat, tambah Herli, wanita tersebut berkata dia terpaksa melakukannya kerana anak lelakinya sering mencuri di rumah jiran sehingga memalukan keluarga.

"Tindakan tersebut dilakukan si ibu kerana kesal anaknya sering mencuri.

"Dia merantainya kerana sayangkan anaknya supaya tidak mencuri dan supaya tidak mengganggu penduduk," katanya.

Walaupun begitu ujar Herli, wanita berkenaan tetap menghantar makanan kepada anaknya namun remaja tersebut tidak dibenarkan keluar rumah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain