suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh bulan gagal dihubungi keluarga, rupanya wanita dibunuh suami sendiri!

Terdapat banyak kes bunuh melibatkan pasangan yang dilaporkan media. -Gambar hiasan.

POLIS Kota Bandung, Indonesia melakukan penggalian semula kubur milik seorang wanita yang didakwa meninggal dunia angkara didera dan dibunuh oleh suaminya sendiri.

Memetik laporan Detik, wanita yang hanya dikenali sebagai INS, 24, dilaporkan hilang sejak tujuh bulan lalu dan dipercayai telah dikebumikan pada Januari 2024.

"Pagi ini (Jumaat) kami melakukan penggalian dan mengambil mayat untuk dibedah siasat oleh pasukan perubatan," kata Ketua Polis Bandung, Pesuruhjaya Kusworo Wibowo.

Kusworo berkata, keluarga INS terputus hubungan dengan mangsa sejak 13 Januari 2024, dan hanya menerima berita bahawa mangsa meninggal dunia kerana dibunuh dan dikebumikan di Ciburial, Bandung.

"Pada 28 Julai, keluarga mangsa menerima maklumat daripada penduduk setempat yang mengatakan mangsa dibunuh suaminya.

"Keluarga mangsa kemudian melaporkannya kepada polis pada 30 Julai dan siasatan segera dijalankan.

"Kami sudah menahan empat individu pada 31 Julai, sehari selepas keluarga mangsa melaporkan kejadian ini," kata Kusworo.

Hasil siasatan, mangsa dipercayai dibunuh suaminya bersama tiga lagi individu yang merupakan rakan kepada suspek utama dengan menggunakan parang.

Keempat-empat suspek kini didakwa mengikut Seksyen 340 dan Seksyen 170 KUHP (Kitab Undang-Undang Hukum Pidana) yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain