suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bergaduh isu tanah, lelaki ditanam hidup-hidup... Terselamat selepas ‘kubur’ digali anjing liar

Lelaki tersebut bernasib baik 'diselamatkan' anjing liar. -Gambar hiasan (kiri)

SEORANG lelaki yang dipercayai ditanam hidup-hidup terselamat selepas 'kuburnya' digali anjing liar.

Menurut laporan, mangsa yang dikenali Roop Kishore dari Agra, India dikatakan telah diserang oleh empat lelaki pada 18 Julai lalu di kawasan Artoni, kira-kira 13 kilometer dari Agra.

Jelasnya, punca perkara itu berlaku adalah disebabkan pertikaian tanah.

Berkongsi semula pengalamannya, Kishore menceritakan dia dicekik dan ditanam di ladang milik suspek terkait sebelum diandaikan telah meninggal dunia.

Namun nasib menyebelahi Kishore selepas beberapa ekor anjing liar menggali tanah tempatnya ditanam, menyebabkan dia kembali tersedar.

Kishore kemudiannya berjalan ke perkampungan berhampiran untuk mendapatkan bantuan.

Dalam pada itu, pegawai dari Balai Polis Sikandra, Neeraj Sharma menjelaskan pihaknya kini sedang mencari empat suspek kes berkenaan yang dikenali sebagai Ankit, Gaurav, Karan, dan Akash. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain