suria

Ibu sanggup lihat sambil rakam adegan seks... Rupanya minat BF anak sendiri! Bila hamil, bantu gugurkan cucu

Neneng berkata dia mempunyai alasan sendiri atas perbuatannya. -Foto Wartakota

SEORANG ibu menangis di hadapan polis kerana kesal dengan perbuatan membiarkan dan merakam video anak perempuannya bersetubuh dengan kekasih.

Sewaktu ditahan pihak polis, Neneng Komala Demi, 47 mendedahkan dia mula merakam aksi anaknya berusia 16 tahun itu melakukan seks sejak November 2023.

Malah, wanita berstatus janda itu sanggup ke asrama kekasih anaknya di Kranji, Bekasi di Indonesia semata-mata untuk merakamkan perbuatan terkutuk pasangan kekasih itu.

Menurut Ketua Polis Metro Jakarta Timur, Kombes Nicholas Ary Lilipaly, kes dianggap luar biasa apabila si ibu sebenarnya jatuh cinta dengan kekasih anak perempuannya.

Tambah Nicholas, motif Neneng membiarkan anaknya bersetubuh dan membuat rakaman menggunakan telefon bimbitnya itu adalah demi kepuasan dirinya sendiri apabila melihat aksi tersebut.

Bagaimanapun, wanita itu panik apabila mendapati anaknya hamil pada April 2024.

Dia kemudiannya 'membantu' anak perempuannya menggugurkan kandungan tersebut dengan memberikan beberapa jenis ramuan dan buah supaya bayi dalam kandungan meninggal.

Anak perempuan Neneng bagaimanapun berjaya melahirkan bayi berkenaan di bilik mandi kediaman mereka di Duren Sawit di Jakarta pada 16 April lalu pada usia kandungannya 26 minggu.

Tetapi, bayi yang merupakan cucu Neneng tersebut disahkan meninggal dunia kerana keadaan parah sebagaimana dimaklumkan pihak hospital Duren Sawit.

Susulan kejadian itu, polis menyita beberapa bahan bukti seperti ubat-ubatan dan pakaian milik Neneng dan anaknya.

Akibat perbuatan ketiga-tiga tertuduh, Naneng berdepan hukuman penjara 15 tahun dan atau didenda sebanyak 3 juta Rupiah (RM877).

Manakala, anak perempuannya yang masih bawah umur dihantar ke Yayasan Handayani Cipayung dan kekasihnya turut ditahan oleh pihak polis. -Tribunnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain