suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah tatu mata, wanita ini buta 3 minggu... Tak serik walaupun alami kesakitan melampau

Wanita ini tak serik untuk membuat tatu pada bola matanya.

DI sebalik kesakitan melampau yang dialami, seorang wanita berkata dia sekali lagi akan menjalani prosedur bagi membuat tatu pada bola matanya.

Menurut Amber Luke, prosedur mencacah tatu yang dilakukan tujuh tahun lalu menyebabkan dia hilang penglihatan selama tiga minggu.

"Saya pernah buta selama tiga minggu semasa pengubahsuaian badan pertama saya.

"Itu adalah penderitaan yang paling kejam dan menyeksakan bagi saya.

"Saya telah tunggu tujuh tahun untuk menyelesaikan apa yang saya idamkan sebelum ini," ujar wanita Australia itu.

Menurut Amber, dia meletakkan sepenuh kepercayaan buat rakannya yang juga seorang artis tatu untuk prosedur akan datang.

Untuk rekod, Amber pernah membelanjakan sebanyak £144,000 (RM835,891) untuk membuat tatu dan melakukan pengubahsuaian badan. -Daily star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain