suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar terbaik ‘ditendang’ daripada universiti selepas video dera kucing tersebar

Pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada isu kemurungan seseorang pelajar. -Gambar hiasan/Thestraitstimes

SEORANG pelajar terbaik di China 'ditendang' oleh sebuah universiti di negara berkenaan selepas kisahnya yang pernah melakukan penderaan kucing terbongkar.

Pelajar yang hanya dikenali sebagai Xu, dilaporkan gagal memasuki Fakulti Fizik, Universiti Nanjing di wilayah timur Jiangsu, walaupun menerima markah tertinggi dalam ujian kelayakan untuk memasuki institusi berkenaan.

Pelajar tersebut mengungguli kumpulannya dengan memperoleh 507 mata, tetapi gagal peperiksaan kedua yang ditadbir oleh fakulti.

Terdahulu, dalam video yang tersebar di laman sosial, Xu dilihat memasukkan seekor kucing ke dalam baldi sebelum memijak kepala haiwan tersebut.

Polis di Nanjing melancarkan siasatan susulan tersebarnya video berkenaan.

Dilaporkan, pelajar tersebut telah meminta maaf di atas perbuatannya.

"Kami telah bercakap dengan ibu bapanya, Xu juga telah menulis surat dan berjanji bahawa kejadian seperti itu tidak akan berlaku lagi," kata polis. -Straitstimes.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain