suria

Sebak! Demi dapatkan bantuan tunai, lelaki 78 tahun sanggup berjalan ‘kaki ayam’ 13km

Seorang warga emas sedang menunggu giliran untuk mendapatkan bantuan tunai.

SEORANG lelaki warga emas sanggup berjalan kaki sejauh 13 kilometer demi mendapatkan bantuan sosial berupa wang tunai daripada kerajaan.

Kejadian yang berlaku Rabu lalu melibatkan seorang penduduk di Cihaurbeuti, Ciamis, Jawa Barat di Indonesia.

Bagaimanapun, lelaki berusia 78 tahun itu tetap bersemangat untuk mendapatkan bantuan.

Siapa sangka, warga emas itu berjalan 'kaki ayam' dari rumahnya di Cihaurbeuti ke Pejabat Pos Cikoneng yang menjadi tempat penerimaan bantuan.

Pada usia lanjut itu, keadaannya yang berjalan sambil menggunakan tongkat kayu pastinya mengundang sebak.

Setibanya di lokasi pengagihan bantuan sosial, perjuangannya bagaimanapun belum selesai kerana masih perlu beratur.

Ketua pemuda Cihaurbeuti, Andi Ma'rup Hidayat berkata, warga emas itu mengadu kerana terpaksa berjalan jauh untuk mendapatkan bantuan.

"Katanya Cikoneng terlalu jauh lebih-lebih lagi keadaan kesihatannya tidak begitu baik,” katanya. - Tribun Trends

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain