suria

Jurutera pencen umur 61 tahun mahu sado sampai hujung usia, setiap pagi makan 82 suplemen

Pascoe mahu mengekalkan gaya hidup sihat sehingga ke usia tua.

SEORANG pesara berusia 61 tahun menjadi perhatian ramai kerana memiliki fizikal yang menarik seperti lelaki muda.

Dave Pascoe merupakan bekas jurutera sistem dalam bidang teknologi maklumat yang aktif menjalani aktiviti kecergasan sehingga ke hari ini.

Malah, Pascoe percaya kerja keras yang dilakukan membolehkan dia memiliki kesihatan dan tubuh seperti lelaki berusia 38 tahun.

"Saya berharap untuk hidup sekurang-kurangnya sehingga umur 95 tahun dalam keadaan baik... jika tidak hingga umur 110 tahun,” kata Pascoe, memetik NYPost.

Menurut Pascoe, dia sentiasa bangun awal pagi dan mengamalkan pisang hijau untuk kecergasan tubuhnya.

Selain itu, dia juga menghabiskan lapan minit duduk di atas selimut elektromagnet yang dikatakan mampu merangsang aliran darahnya.

Seterusnya, pesara itu melakukan sesi regangan pendek, diikuti dengan beberapa lompatan di atas trampolin mini.

Rutin paginya diakhiri dengan memberus gigi dan lidah serta 82 suplemen pagi dengan teh lemon buatan sendiri.

"Saya tidak mahu kesihatan saya berakhir sebelum jangka hayat saya," kata Pascoe lagi. - Detik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain