suria

Amukan abang sado! Wanita dibelasah di gim gara-gara tak layan godaan

Rakaman CCTV seorang lelaki membelasah mangsa di gim. -Foto FB อยากดังเดี๋ยวจัดให้ รีเทริน์ part 6

SEORANG lelaki berbadan sasa mengamuk dan membelasah seorang wanita, gara-gara berang godaannya tidak dilayan.

Kejadian yang berlaku di gim di Bangkok, Thailand itu mencetuskan kekecohan dan menggemparkan orang awam.

Pertengkaran yang berlaku di kawasan Sukhumvit itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Tindakan lelaki itu berpunca daripada mangsa yang tidak melayan godaannya. Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian.

Difahamkan, suspek melatih wanita itu secara percuma dan mengharapkan hubungan romantis sebagai balasan.

Namun apabila mangsa mahu berlatih dengan rakan-rakan, kekecewaan suspek memuncak sehingga membawa kepada serangan itu. Mangsa didakwa dipukul hingga jatuh ke lantai.

Polis mencadangkan penyelesaian dilakukan dengan bayaran hanya 20,000 baht (RM2,594). Bagaimanapun, kes itu masih belum selesai apabila mangsa merancang untuk mendapatkan penilaian perubatan lanjut pada Selasa (23 April).

Menurut laporan KhaoSod, kejadian yang berlaku menimbulkan kemarahan orang ramai dan menggesa pihak polis mengendalikan kes tersebut secara adil. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain