suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki 20 tahun minta doktor potong dua jari, dakwa anggota tubuh itu bukan miliknya

Seorang lelaki muda mendakwa dirinya mengalami trauma sejak kecil bahawa dua jari tangannya bukan milik anggota badannya. -Gambar hiasan/Getty

SEORANG doktor di Quebec memotong dua jari yang sihat dari tangan kiri seorang lelaki muda, selepas pesakit itu mendakwa anggota tubuh itu bukan miliknya.

Menurut laporan kes klinikal, pesakit berusia 20 tahun itu mendakwa dia mengalami sensasi 'trauma' bahawa jari-jari itu bukan milik badannya sejak zaman kanak-kanak.

Dr Nadia Nadeau daripada Jabatan Psikiatri Universiti Laval, Quebec City, baru-baru ini menerbitkan laporan berkaitan kes terbabit yang menjelaskan pesakit didiagnosis dengan gangguan identiti integriti badan (BIID).

Gangguan BIID adalah keadaan sangat jarang berlaku yang berciri keinginan kuat dan berterusan untuk memperoleh kecacatan diri.

Disebabkan tiada rawatan mampu mengawal gangguan pesakit itu, doktor akhirnya memutuskan memotong jari yang 'bermasalah' kepadanya demi kesihatan mental yang lebih baik.

"Walaupun pesakit tidak berkongsi keresahan itu dengan keluarganya kerana malu, dia sering berkhayal sedang membuang jarinya sendiri," ujarnya.

Disebabkan pengimejan otak lelaki itu kelihatan normal, dia ditawarkan pilihan rawatan bukan invasif seperti terapi tingkah laku kognitif, antidepresi, antipsikotik dan terapi pendedahan tetapi tiada satu pun daripada rawatan tersebut berjaya.

Penilaian psikiatri dibuat menunjukkan lelaki muda itu layak memohon amputasi bahagian badan secara sukarela.

Kes pesakit itu dirujuk ke jabatan ortopedik, sebelum keputusan dibuat iaitu membuang dua jari itu sebagai cara rawatan terbaik untuknya.

"Dia kini menjalani kehidupan yang bebas daripada tekanan mengeluarkan jari itu. Amputasi membolehkan dia hidup selari identiti diingini," kata Dr Nadia. -People

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain