suria

Kanak-kanak perempuan 7 tahun maut, tujuh lagi cedera ditembak ketika hadiri perhimpunan keluarga

Polis mengerumuni lokasi insiden tembakan di kawasan kejiranan Back of the Yards, Chicago.

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut manakala tujuh orang lagi cedera dalam satu insiden tembakan rambang di kawasan kejiranan Back of the Yards, Chicago, pada malam Sabtu.

Menurut polis, ketika kejadian, kesemua mangsa sedang menghadiri acara perhimpunan keluarga.

Timbalan Ketua Polis Chicago, Don Jerome berkata, kanak-kanak perempuan tersebut disahkan meninggal dunia selepas terkena tembakan di kepala.

Dua mangsa yang cedera, iaitu seorang bayi lelaki berusia setahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, masing-masing berada dalam keadaan kritikal kerana ditembak beberapa kali.

Lima lagi mangsa yang cedera berusia dari lingkungan umur 19 tahun hingga 40 tahun.

Kesemua mangsa dibawa ke hospital, ujarnya.

"Ini bukan tindakan keganasan yang rambang. Ia berkemungkinan berkaitan geng," kata Jerome.

Beberapa saksi kejadian memberitahu insiden tembakan itu didalangi dua individu dan penyerang dilihat berjalan kaki, kata polis. -CNN

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain