suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Iran balas dendam, lancar serangan dron besar-besaran ke atas Israel

Iran kini sedang melancarkan serangan udara ke atas Israel. -Gambar Reuters

IRAN telah melancarkan serangan dron besar-besaran ke atas Israel, yang dipercayai akan tiba dalam beberapa jam akan datang.

Difahamkan, serangan udara akan dilancarkan dalam beberapa siri gelombang.

Serangan itu disahkan sebagai sebahagian daripada siri balas dendam selepas serangan udara Israel ke atas kedutaan Iran di Damascus mengorbankan 12 orang pada 1 April lalu.

Tujuh anggota Perbadanan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) terbunuh dalam serangan itu, termasuk salah seorang jeneral tertinggi mereka.

Dalam satu kenyataan yang dibacakan di stesen TV Iran, pasukan keselamatan berkata serangan itu dilancarkan sebagai tindak balas kepada 'jenayah rejim Zionis yang jahat, termasuk serangan ke atas bahagian konsular kedutaan Iran di Damacus'.

Amerika Syarikat berkata Iran dijangka melancarkan lebih 100 dron, berpuluh-puluh peluru berpandu jelajah dan berpuluh-puluh peluru berpandu balistik.

Dron itu dipercayai dilengkapi dengan 20 kilogram (kg) bahan letupan dan dijangka tiba di Israel kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan. -Metro.co.uk

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain