suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 150 kanak-kanak diserang penyakit misteri, 4 terkorban... Mangsa alami demam, muntah dan perut membengkak

Penyakit misteri tersebut dilaporkan dikesan di Sokoto dan majoriti mangsanya adalah kanak-kanak di bawah 13 tahun. -Gambar Pulsenigeria

PETUGAS perubatan di Nigeria dilanda kebingungan mencari punca penyakit misteri yang telah menyebabkan empat orang maut di negara itu baru-baru ini.

Dilaporkan, kesemua mangsa mengalami simptom seperti demam, muntah dan perut membengkak.

Setakat ini lebih 150 orang dipercayai telah dijangkiti penyakit misteri tersebut.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Nigeria yang diketuai oleh Dr Jide Idris berkata, penyakit misteri itu dilaporkan hanya ditemui di Sokoto, iaitu di barat laut Nigeria, dengan pasukan tindak balas pantas telah dihantar ke kawasan berkenaan.

Ujarnya, Pasukan Tindak Balas Pantas Kebangsaan kini bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menyiasat insiden tersebut.

"Setakat ini, sebanyak 164 kes yang disyaki telah dikenal pasti," ujarnya.

Tambahnya, majoriti pesakit adalah kanak-kanak berumur antara empat tahun hingga 13 tahun. -Dailystar

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain