suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dendam ditinggal bekas isteri, lelaki suntik merkuri pada anak umur setahun... Mangsa muntah akibat keracunan

Merkuri boleh mendedahkan gejala buruk pada seseorang. -Gambar hiasan

KESAN buruk penceraian bukan sahaja dirasai oleh pasangan suami isteri, tetapi turut melibatkan anak-anak.

Kejadian terbaharu melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun yang menjadi mangsa penderaan ayahnya bersama kekasih.

Lelaki terbabit bersama pasangannya telah menyuntik cairan berbahaya jenis merkuri pada kaki dan betis kanak-kanak tersebut selepas menculiknya dari bekas isteri.

Akibat daripada tindakan berkenaan, kanak-kanak tersebut mengalami muntah sehingga menyebabkan dia dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Tindakan pantas wanita terbabit berjaya menyelamatkan mangsa.

Dia kemudian membuat laporan polis sehingga tertangkapnya bekas suami dan kekasih.

Bekas suaminya kemudian mengaku tindakan tidak berperikemanusiaan dan cubaan membunuh itu dilakukan disebabkan rasa dendamnya terhadap bekas isteri.

Difahamkan, ia berikutan dia mengalami masalah kesihatan mental selepas wanita terbabit bertindak meninggalkannya tahun lalu. - Tribun Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain