suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi Syawal... 15 terjatuh akibat jambatan gantung runtuh, sempat selfie sebelum kejadian

Tangkap layar video insiden jambatan gantung runtuh.

TRAGEDI raya di sebuah kampung apabila seramai 15 orang terjatuh ke sungai akibat jambatan gantung yang dilalui mereka runtuh.

Kejadian berlaku di Kampung Leuwi Ipuh, Banjarsari di Lebak, Banten di Indonesia.

Insiden mangsa yang terjatuh sempat dirakam dan video tular di media sosial.

Menerusi klip video yang dimuat naik di akaun instagram @inforangkasbitung, kelihatan beberapa orang sedang melalui jambatan gantung itu.

Bagaimanapun, jambatan tersebut tiba-tiba runtuh menyebabkan mereka jatuh ke sungai.

Salah seorang mangsa yang terjatuh, Sinta yang juga merupakan individu yang membuat rakaman ketika kejadian.

Sinta berkata, kejadian itu berlaku pada Rabu ketika dia bersama mereka yang lain pulang dari ziarah di tanah perkuburan.

"Kami melintas jambatan seperti biasa, ketawa, tiba-tiba jatuh. Berlaku dengan pantas, tak sedar kami terjatuh, tiba-tiba masuk air," kata Sinta ketika ditemui di kediamannya di Kampung Cigedang, Banjarsari, pada Khamis.

Kebanyakan mangsa mengalami cedera ringan, manakala Sinta cedera di tangan dan kaki akibat terkena batu ketika terjatuh ke sungai.

Seorang lagi mangsa, Hasan memberitahu dia pengsan selepas terjatuh ke sungai.

"Nasib baik sungai itu tidak cetek, sehingga mencecah batu di dalam air.

"Dahi, kaki dan tangan saya cedera, saya pengsan," kata Hasan sambil menambah dia menyeberangi jambatan itu bersama isteri dan anak-anak.

Sementara itu, Ketua Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Lebak, Febby Rizki Pratama mengesahkan seramai 15 mangsa dalam insiden jambatan runtuh itu.

Menurut Febby, mangsa terjatuh kerana jambatan itu runtuh ketika mereka melaluinya.

"Jambatan itu tidak cukup kuat untuk menampung beban," kata Febby kepada Kompas.com menerusi WhatsApp. -Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain