suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Meraung kesakitan 4 hari, budak dikejar ke hospital... Rupanya ada 7 magnet dalam perut

Imbasan x-ray menunjukkan magnet melekat antara satu sama lain. -Foto Jam Press/ScienceDirect

SEORANG kanak-kanak perempuan meraung kesakitan dikejarkan ke hospital selepas beberapa hari dia menelan tujuh magnet.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dikatakan menelan barang-barang tersebut ketika bermain bersama sepupunya di Brazil.

Susulan kejadian itu, dia mengalami sakit perut yang teruk, sembelit dan kurang selera makan selama empat hari.

Kerana tidak mengalami muntah atau menunjukkan tanda-tanda demam, ibu bapanya kemudian membawanya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

Imbasan x-ray mendedahkan terdapat 'benda asing logam' di dalam usus kecil kanak-kanak itu.

Semasa pembedahan untuk mengeluarkannya, pakar bedah mendapati magnet itu melekat antara satu sama lain.

Bagaimanapun, dia dianggap bertuah kerana menelan magnet boleh menyebabkan halangan mekanikal usus dan penembusan usus.

Pesakit juga boleh mengalami peritonitis, yang boleh berakhir dengan kematian jika tidak dirawat dengan cepat. Kejadian itu dilaporkan dalam jurnal bulan ini. - Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain