suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Persis zoo mini! Kambing dicat menyerupai harimau, kuda belang tarik perhatian warga maya

Kambing ternakannya dicat dengan pelbagai warna.

SEKALI pandang, pasti ramai yang menyangkakan kandang kambing di Jawa Timur, Indonesia ini adalah mini zoo.

Maka tidak hairanlah rakaman video kawanan kambing tersebut mendapat perhatian warga maya baru-baru ini.

Menerusi video tular, kesemua kambing yang terdapat di dalam kandang di Jawa Timur, Indonesia itu telah dicat dengan pelbagai warna hingga menyerupai beberapa jenis haiwan seperti singa, harimau dan kuda belang.

Malah secara berjenaka, pemilik video Arie Dwi yang juga penternak kambing tersebut menyatakan kandang kambingnya itu merupakan zoo baharu di daerah Situbondo.

"Ini zoo baru di Situbondo. Ini binatang-binatangnya, singa jantan paling besar dan zibra... harimau masih duduk bersama harimau kumbang," ujarnya di dalam video berkenaan.

Sehingga Isnin, video tersebut telah ditonton lebih 9.1 juta pelayar dan disukai 900,000 warga maya. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain