suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berita ‘suntik vaksin Covid-19 pada zakar’ disahkan palsu, CNN jadi mangsa individu tak bertanggungjawab

CNN nafi menerbitkan artikel tentang suntikan vaksin pada zakar. -Gambar hiasan

TANGKAP layar laporan berita yang bertajuk 'doktor sarankan suntikan Covid-19 pada zakar' oleh Cable News Newtork (CNN) disahkan palsu.

Menurut jurucakap saluran berita itu, pihaknya tidak pernah mengeluarkan tajuk berita sedemikian, sebagaimana yang sedang tular di media sosial.

"Imej itu adalah rekaan. Ia bukan laporan daripada CNN," ujar jurucakap saluran berita itu.

Terdahulu, sekeping tangkap layar laporan berita yang mengaitkan nama CNN tersebar secara meluas di laman X dan Facebook.

Tangkap layar palsu itu dilihat menyerupai halaman artikel CNN, sekali gus menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen.

Laporan palsu itu menyebut saranan berkenaan dibuat berdasarkan hasil kajian oleh Universiti California ke atas 1,500 penerima vaksin lelaki. - Reuters.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain