suria

Disangka potongan daging, lelaki terkejut temui ekor tikus dalam sup

Potongan daging yang didakwa ekor tikus ditemui dalam hidangan sup yang dibeli lelaki berkenaan. -Gambar Detik.com

TULAR di media sosial video yang memaparkan seorang lelaki mendakwa dia menemui potongan daging dan ekor tikus di dalam hidangan sup yang dibeli.

Video berdurasi 1.26 minit itu tular selepas dimuat naik oleh akaun Facebook Gede Mahesa Bali Tour.

Berdasarkan klip video tersebut, lelaki itu berkata dia yang ingin menjamah sup curiga apabila melihat bentuk potongan daging di dalam hidangan itu.

Apabila diamati, dia terkejut apabila mendapati ia adalah ekor tikus yang masih bersambung dengan potongan daging.

Lelaki itu bagaimanapun tidak menyatakan dengan tepat lokasi dia membeli sup tersebut.

Namun berdasarkan maklumat yang diperoleh, ia dibeli dari sebuah kedai di Buleleng, Pulau Bali.

Difahamkan, video tersebut telah dipadam daripada akaun individu yang membuat perkongsan mengenainya. -Detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain