suria

Tumbuk kru kabin, pecahkan pintu tandas pesawat... Mat salih tak berbaju terima padah

Lelaki itu ditahan pihak berkuasa sejurus pesawat mendarat di London.

SEORANG lelaki Britain ditahan kerana menumbuk kru kabin ketika menaiki penerbangan Thai Airways dari Bangkok ke Heathrow, minggu lalu.

Lelaki itu turut merosakkan pintu tandas pesawat berkenaan sehingga penumpang lain terpaksa campur tangan untuk menghentikan perbuatannya.

Menerusi rakaman tular, lelaki itu dilihat memukul seorang kru kabin sehingga mangsa terjatuh ke atas lantai.

"Dia berada di dalam tandas dan dia mula menjerit. Dia memecahkan pintu sehingga ia tercabut. Seorang lelaki tua cuba membawanya keluar.

"Pergaduhan tercetus dan dia akhirnya memukul seorang pramugari. Saya rasa dia patah hidung. Dua penumpang duduk di sebelahnya dan terus menariknya ke bawah.

"Kami terpaksa bersabar dengan jeritannya. Kata-katanya sangat kesat dan kasar," ujar saksi yang merakam video itu.

Penumpang juga dilaporkan diberi amaran bahawa penerbangan itu mungkin perlu dilencongkan ke Dubai jika lelaki itu tidak bertenang.

Dia akhirnya ditahan oleh pihak berkuasa selepas pesawat itu mendarat di London pada Rabu. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain